Monday, December 9, 2013

Refleksi Minggu 12

Aktiviti sesi pengajian pada hari ini berasaskan kepada beberapa aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:


1. Mengadakan Jadual (Table)

Create > Table > Isikan field yang dikehendaki > Save




2. Mewujudkan Query

Buka Fail DATABASE yang disimpan > Toolbar Create > Query Wizard
Kotak New Query akan muncul
Pilih Simple Query Wizard > OK
Pilih Table yang diperlukan
Klik > untuk memilih field yang diperlukan dalam Query.
Klik < untuk membatalkan.
Klik Detail Show Every Field of Every Record atau Summary.
Kemudian klik Next akan muncul tetingkap baru kemudian beri nama pada
Query yang telah dibuat dan pilih Open The Query to View
Information,
Klik finish



3. Mencipta Form

Klik Create > More Forms > Form Wizard pindahkan Field-fieldnya > NEXT
Pilih layout form >  NEXT
Pilih jenis form > NEXT > FINISH



4. Merumus Laporan (Report)

Klik Create > Pilih Report Wizard > Pada Form Wizard, pindahkan Field-fieldnya > NEXT
Pilih jenis report yang diinginkan > NEXT > FINISH


Tuesday, November 26, 2013

Refleksi Minggu 11

Pada hari ini, kami diberi maklumat tambahan tentang penggunaan Database dalam Microsoft Access.Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing iaitu Dr.Razak dan Dr. NorAzrina yang begitu sabar dan komited di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua. Mudah-mudahan Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang istiqomah di jalan yang di redhaiNya.
Refleksi pada kali ini, kami diajar kepada asas pangkalan data dengan meletakkan setiap borang  di dalam jadual tertentu dengan perkara-perkara  seperti :

Tajuk
Pengarang
Edisi
Penerbit
Tahun Terbit
Tempat diterbitkan
ISBN/ISSN
No. Panggilan
Jenis bahan



Setelah itu, contoh maklumat yang diambil daripada blog peserta untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data. Seterusnya Dr Azrina menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.

Bagi pembentukan borang, langkahnya seperti berikut:

Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
Pilih Create -- Forms -- Form
Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu.
Saiz ruang boleh diubah mengikut kehendak.
Berikan nama kepada borang dan simpan.



Langkah-langkah untuk menghasilkan Query ialah seperti berikut :

Pilih Create -- Query Wizard
Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
Query selesai dicipta untuk rujukan.


Dan terdapat beberapa lagi kaedah yang ditunjukkan seperti Relationship ,Look Up dan Data base Tool.Kesimpulannya penggunaan DBMS (Database Management System) seperti mana yang dinyatakan oleh Dr.Razak ialah memerlukan perancangan yang teliti sebelum kita meletakkan maklumat di dalam sistem agar memudahkan di dalam mengakses data.

Refleksi Minggu 10

Pada minggu ke-10 ini, kuliah disampaikan oleh Dr.Nor Azrena berkaitan dengan pengurusan data (Data Management). Pengurusan data ini merupakan satu cara pengumpulan data dilakukan dalam bentuk digital. Semua maklmat dari setiap bahan dikemaskini dalam aplikasi. iaitu perisian Microsoft Access.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. Sistem pengurusan pangkalan data turut menganalisa terhadap data yang dikemukakan secara langsung.



Kelebihan DBMS
·         Kawalan data banyak - data disimpan dalam satu lokasi
·         Data sentiasa konsisten - data disimpan hanya sekali dan perubahan data dalam satu jadual
·         Perkongsian data - data daripada pelbagai sumber disimpan di tempat yang sama
·         Keselamatan data - data dilindungi daripada dicapai oleh pengguna yang tidak sah
·         Capaian serentak - data yang sama dalam pangkalan data dicapai oleh ramai pengguna (lokasi berlainan) secara serentak.
·         Ekonomikal - tenaga, kos, storan dan meningkatkan produktiviti



Kelemahan DBMS
·         Kompleks - perisian yang kompleks dan perlukan pemahaman terhadap fungsi-fungsinya serta kegagalan memahami sistem
·         Saiz storan yang besar - memerlukan satu ruang storan untuk menyimpan saiz DBMS, perisian sistem dan perisian-perisian lain
·         Keperluan dan kos perkakasan - bertambah


Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mengenali program Access ini, walaupun ianya pertama kali digunakan namun ia cukup memberi banyak input dan kemahiran mengenai cara untuk menyimpan data.

Refleksi Minggu 9

Pada minggu ini, kami didedahkan tentang kaedah nombor panggilan dan nombor kelas DDC. Hasil bimbingan Dr. Razak dan bantuan sahabat-sahabat yang lain, saya cuba melakukan yang terbaik walaupun memerlukan fokus yang mendalam tentang subjek yang diambil. Saya dapat merasakan kerja-kerja yang dilakukan oleh pustakawan sebagai tugas yang mencabar. selain dapat menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan ini.

Nombor panggilan adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau perkara. Menariknya, setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.



Dalam membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision, boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6 nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.


Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, wujudnya nombor panggilan dan nombor kelas adalah satu cabang ilmu yang memerlukan ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod yang tepat. Oleh yang demikian, banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu diberikan tumpuan yang sewajarnya.

Refleksi Minggu 8

Kuliah pada minggu ini berkaitan dengan nombor panggilan dan nombor kelas DDC. Nombor panggilan adalah suatu bentuk unik untuk satu bahan. Bagi membina nombor dalam sistem DDC ia memerlukan empat sumber iaitu  Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6 nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.



Contoh Buku:

629.1
Abas Abdul Wahab
Pengenalan Penerbangan, John D. Anderson, JR, Universiti Teknologi Malaysia, 1995. 687p: ill.;
24cm mengandungi indeks dan rujukan
1. Aerodynamic     2. Airplanes - Design and Construction
I. Abas bin Abdul Wahab.   II. Judul

629.1

Refleksi Minggu 7

Minggu ini, saya telah diperkenalkan dengan Pengelasan (Classification). Encik Razak telah menerangkan secara teoritikal dengan panjang lebar mengenai Pengelasan. Menurut Encik Razak pengelasan merupakan suatu sistem yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Pengelasan ini amat penting dan kepentingannya adalah mengikut keperluan individu.

Tujuan pengelasan dokumen secara dasarnya adalah untuk mengumpul ilmu pengetahuan mengikut bidang atau disiplin ilmu tertentu supaya ianya mudah diakses apabila diperlukan. Pengumpulan dokumen mengikut bidang atau disiplin ilmu ini dapat dilaksanakan secara spesifik iaitu dengan meletekkan dokumen-dokumen tertentu di tempat atau bahagian tertentu supaya mudah diakses.

Pengelasan dokumen di sesebuah perpustakaan dapat dilaksanakan dengan menyusun bidang ilmu yang dikandung secara sistematik. Tambahan pula, ianya perlu dikumpulkan mengikut item yang berkaitan. Seterusnya, pengelasan ini memberikan akses secara berturutan pada rak-rak tertentu yang terdapat di perpustakaan.



Apa yang ditekankan di dalam sesi kuliah pada hari ini ialah pengelasan dilakukan dengan meletakkan  "Nombor Panggilan" kepada dokumen-dokumen yang ingin dikandung di dalam perpustakaan. Nombor panggilan ini merupakan kod-kod tertentu untuk mengasingkan antara sesebuah item atau dokumen dengan item atau dokumen yang lain. Pengelasan ini dilaksanakan dengan menempatkan "Notasi" tertentu yang mewakili kelas yang dilakukan.

Terdapat tiga jenis pengelasan yang boleh dilakukan iaitu jenis Penomboran (Enumerative Classification), jenis Sintetik (Synthetic Classification), dan jenis Hierarki (Hierarchical Classification). Terdapat pelbagai kaedah pengelasan yang diperkenalkan, namun terdapat dua skema pengelasan yang sering digunakan iaitu Dewey Decimal Classification (DDC) dan Library of Congress Classification (LCC). Dalam konteks perpustakaan sekolah, skema pengelasan DDC sering digunakan. Namun, dalam konteks perpustakaan di universiti, skema pengelasan LLC digunakan secara meluas.

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi


Kesimpulannya, pengelasan ini amat penting untuk dilaksanakan di dalam pengurusan sesebuah perpustkaan. Ianya merupakan lanjutan kepada proses mengkatalog yang telah dipelajari dalam sesi kuliah pada minggu-minggu sebelum ini.

Refleksi Minggu 6

(Kelas ditangguhkan sempena cuti Hari Raya Aidil Adha)




Semoga segala pengorbanan dan amalan kita diterima Allah. Amiin.

Refleksi Minggu 5

Pada minggu ini, kami diberi penerangan mengenai “subject cataloging”. Bagi melengkapkan sebuah bahan yang diproses, kerja-kerja penambahan entri perlu dilakukan. Oleh yang demikian, En.Razak telah menerangan dan menunjuk ajar cara bagaimana kaedah untuk menambah atau memasukan entri tambahan dalam sesuatu bahan tersebut.



Contoh:

The architectural heritage of the Malay world:the traditional houses/Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.[et.al]-Skudai, Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia, 2005.
ix,260p. : ill. ; 24cm
Mengandungi indeks dan rujukan.

ISBN 983-52-0357-1
1. Dwellings-Malaysia       2. Architecture, Domestic-Malaysia

I. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

Refleksi Minggu 4

Kuliah pada minggu ke-4, saya diberi tunjukcara mengenai proses mengkatalog, namun ada sedikit penambahan yang perlu dibuat bagi melengkapkan proses tersebut. Proses tersebut ialah menyatakan maklumat dan kandungan mengenai bidang yang berkaitan dalam bahan. Kandungan bidang yang dinyatakan tersebut perlulah menggunakan senarai yang boleh dipercayai iaitu dengan menggunakan “Subject Heading”. 

Setelah diberi penjelasan, saya dan rakan-rakan ke perpustakaan fakulti untuk mencari senarai kandungan bidang yang diperlukan. Ia merupakan satu proses yang agak rumit dan mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan hasil yang tepat dan jelas. Sedikit nasihat dari En.Razak, kita perlu bersabar, berhati-hati dan teliti dalam proses mencari maklumat tersebut. Terima kasih kepada pengajar dan rakan-rakan yang banyak membantu.



Contoh:

Mohd Aizaini Maarof
Logik Pengaturcaraan Komputer / Mohd Aizaini Maarof, Muhammad Shafie Abd. Latif.-Skudai Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, 2006.
154p: ill.; 24cm

Mengandungi indeks dan rujukan.

ISBN 983-52-0401-2