Tuesday, November 26, 2013

Refleksi Minggu 7

Minggu ini, saya telah diperkenalkan dengan Pengelasan (Classification). Encik Razak telah menerangkan secara teoritikal dengan panjang lebar mengenai Pengelasan. Menurut Encik Razak pengelasan merupakan suatu sistem yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Pengelasan ini amat penting dan kepentingannya adalah mengikut keperluan individu.

Tujuan pengelasan dokumen secara dasarnya adalah untuk mengumpul ilmu pengetahuan mengikut bidang atau disiplin ilmu tertentu supaya ianya mudah diakses apabila diperlukan. Pengumpulan dokumen mengikut bidang atau disiplin ilmu ini dapat dilaksanakan secara spesifik iaitu dengan meletekkan dokumen-dokumen tertentu di tempat atau bahagian tertentu supaya mudah diakses.

Pengelasan dokumen di sesebuah perpustakaan dapat dilaksanakan dengan menyusun bidang ilmu yang dikandung secara sistematik. Tambahan pula, ianya perlu dikumpulkan mengikut item yang berkaitan. Seterusnya, pengelasan ini memberikan akses secara berturutan pada rak-rak tertentu yang terdapat di perpustakaan.



Apa yang ditekankan di dalam sesi kuliah pada hari ini ialah pengelasan dilakukan dengan meletakkan  "Nombor Panggilan" kepada dokumen-dokumen yang ingin dikandung di dalam perpustakaan. Nombor panggilan ini merupakan kod-kod tertentu untuk mengasingkan antara sesebuah item atau dokumen dengan item atau dokumen yang lain. Pengelasan ini dilaksanakan dengan menempatkan "Notasi" tertentu yang mewakili kelas yang dilakukan.

Terdapat tiga jenis pengelasan yang boleh dilakukan iaitu jenis Penomboran (Enumerative Classification), jenis Sintetik (Synthetic Classification), dan jenis Hierarki (Hierarchical Classification). Terdapat pelbagai kaedah pengelasan yang diperkenalkan, namun terdapat dua skema pengelasan yang sering digunakan iaitu Dewey Decimal Classification (DDC) dan Library of Congress Classification (LCC). Dalam konteks perpustakaan sekolah, skema pengelasan DDC sering digunakan. Namun, dalam konteks perpustakaan di universiti, skema pengelasan LLC digunakan secara meluas.

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi


Kesimpulannya, pengelasan ini amat penting untuk dilaksanakan di dalam pengurusan sesebuah perpustkaan. Ianya merupakan lanjutan kepada proses mengkatalog yang telah dipelajari dalam sesi kuliah pada minggu-minggu sebelum ini.

No comments:

Post a Comment