Pada minggu ini, kami didedahkan tentang kaedah nombor
panggilan dan nombor kelas DDC. Hasil bimbingan Dr. Razak dan bantuan
sahabat-sahabat yang lain, saya cuba melakukan yang terbaik walaupun memerlukan
fokus yang mendalam tentang subjek yang diambil. Saya dapat merasakan
kerja-kerja yang dilakukan oleh pustakawan sebagai tugas yang mencabar. selain
dapat menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan ini.
Nombor panggilan adalah suatu bentuk nombor unik yang
dikhususkan untuk satu bahan atau perkara. Menariknya, setiap nombor yang
dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan,
sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.
Dalam membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat
kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard
Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision, boleh ditambahkan
nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6 nombor ditambah bergantung kepada
arahan yang diberikan.
Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, wujudnya nombor panggilan dan nombor kelas adalah satu cabang ilmu yang memerlukan
ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia
tidak akan menghasilkan kod yang tepat. Oleh yang demikian, banyak rujukan dan
pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu
diberikan tumpuan yang sewajarnya.

No comments:
Post a Comment