Kuliah pada minggu
ke-4, saya diberi tunjukcara mengenai proses mengkatalog, namun ada sedikit
penambahan yang perlu dibuat bagi melengkapkan proses tersebut. Proses tersebut
ialah menyatakan maklumat dan kandungan mengenai bidang yang berkaitan dalam bahan.
Kandungan bidang yang dinyatakan tersebut perlulah menggunakan senarai yang
boleh dipercayai iaitu dengan menggunakan “Subject Heading”.
Setelah diberi
penjelasan, saya dan rakan-rakan ke perpustakaan fakulti untuk mencari senarai
kandungan bidang yang diperlukan. Ia merupakan satu proses yang agak rumit dan
mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan hasil yang tepat dan jelas.
Sedikit nasihat dari En.Razak, kita perlu bersabar, berhati-hati dan teliti
dalam proses mencari maklumat tersebut. Terima kasih kepada pengajar dan
rakan-rakan yang banyak membantu.
Contoh:
Mohd Aizaini Maarof
Logik Pengaturcaraan Komputer / Mohd Aizaini Maarof,
Muhammad Shafie Abd. Latif.-Skudai Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia,
2006.
154p: ill.; 24cm
Mengandungi indeks dan rujukan.
ISBN 983-52-0401-2

No comments:
Post a Comment