Pada hari ini, kami diberi maklumat tambahan tentang
penggunaan Database dalam Microsoft Access.Setinggi-tinggi penghargaan ingin
saya ucapkan kepada pensyarah yang membimbing iaitu Dr.Razak dan Dr. NorAzrina
yang begitu sabar dan komited di dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
kami semua. Mudah-mudahan Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan
dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang istiqomah
di jalan yang di redhaiNya.
Refleksi pada kali ini, kami diajar kepada asas pangkalan
data dengan meletakkan setiap borang di
dalam jadual tertentu dengan perkara-perkara
seperti :
Tajuk
Pengarang
Edisi
Penerbit
Tahun Terbit
Tempat diterbitkan
ISBN/ISSN
No. Panggilan
Jenis bahan
Setelah itu, contoh maklumat yang diambil daripada blog
peserta untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data. Seterusnya Dr Azrina
menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza
dari segi kaedah penggunaanya.
Bagi pembentukan borang, langkahnya seperti berikut:
Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
Pilih Create -- Forms -- Form
Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke
bahagian tertentu.
Saiz ruang boleh diubah mengikut kehendak.
Berikan nama kepada borang dan simpan.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query ialah seperti
berikut :
Pilih Create -- Query Wizard
Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk,
Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query.
Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
Query selesai dicipta untuk rujukan.
Dan terdapat beberapa lagi kaedah yang ditunjukkan seperti
Relationship ,Look Up dan Data base Tool.Kesimpulannya penggunaan DBMS
(Database Management System) seperti mana yang dinyatakan oleh Dr.Razak ialah
memerlukan perancangan yang teliti sebelum kita meletakkan maklumat di dalam
sistem agar memudahkan di dalam mengakses data.









